28 Ogos-Menunggu En Abg pulang dari kerja sambil mengemas. Katanya nak bergerak jam 12pm. Tapi, banyak kerja nak kne buat. Aku pula masih xberapa sihat. Buat kerja pun perlahan2 je. Sampai kena bebel ngan En Abg sebab lambat. Ye la..org dalam pantang, takkan nak buat kerja macam biasa kan? Urmm..tak faham sungguh..(geram pon ade sebenarnya). Nak jemur pakaian dalam mesin, kemas pinggan mangkuk, sapu2 sikit, kemas pakaian nak bawak balik..siapkan anak lagi..macam2.
Sempat bergambar sebelum pulang ke kampung :-)
Akhirnya, kami bertolak jam 12.55pm. terlebih la sikit dari perancangan asal. Memulakan perjalanan dengan doa supaya selamat sampai. Masa dalam perjalanan tu aku banyak tidur. Badan penat lah katakan. Lenguh jugak badan bila naik kereta lama-lama nih.
Lebih kurang jam 4pm, masa tu kat Highway Pantai Timur kot..(tak pasti), tengah-tengah syok tidur ni, tiba-tiba En Abg berentikan kereta. Aku tanya kenapa, rupanya temperature da high..so kami xboleh nak meneruskan perjalanan lagi.kena tunggu temperature turun dulu. Masa En Abg buka bonet depan, berkepul asap keluar..huhu..nasib baik En Abg cepat tersedar, kalau tak tak tahu la ape yang berlaku pada kami sekeluarga.
Kebetulan masa tu hujan, so, ada la mat-mat motor berenti bawah jambatan tempat kami berenti tu. Dia tolong la sikit-sikit. Kebetulan pulak air ada sebotol je. Masih tak cukup tuk sejukkan kereta tu. Dia kata kena tunggu sejam baru ble jalan balik. Bila hujan da ok, mereka meneruskan perjalanan dan meninggalkan kami kat situ.
Muaz pula da meragam sebab panas. Asyik nangis je. Kesian dia. Lepas tu aku cadangkan kepada En Abg supaya tahan kereta sebab nak mintak air nak isi dalam tangki kereta (kami kehabisan air). Setelah beberapa kereta En Abg tahan, Akhirnya ada 2 buah kereta berenti (1 family). Masa mula2 tengok kereta tu aku takut, bimbang kalau2 orang jahat. Tapi mereka rupa-rupanya baik. Alhamdulillah. Mereka bukan sahaja bagi air, malah tolong tengokkan kereta, dukung Umar, Bagi duit raya kat anak-anak aku dan ekori kereta kami bimbang kalau-kalau kereta kami masih tak ok. Lepas dia tengok kereta ok, dan En Abg kata ok, mereka pon meninggalkan kami sebab perjalanan mereka masih jauh ( En Abg bawak kereta slow2 je). Terima kasih banyak2 kerana sudi bantu kami.
Kami berhenti kat hentian selepas tol untuk solat dan ambil sedikit air untuk buat bekal, kalau2 kereta buat hal lagi. Masa otw tu hujan, Alhamdulillah..sejuk la sikit kereta dan rasa lebih selamat untuk meneruskan perjalanan.En Abg pula terpaksa berbuka dalam kereta saja dengan 2 keping sandwish, air vitegen, dan beberapa biji anggur. Dia tak mahu berenti makan sebab nak makan kat rumah dia bila sampai nanti. Lebih kurang jam 8pm kami sampai ke rumah En Abg. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment