Thursday, September 8, 2011

Gambar Keluarga

Selamat hari raya...aidilfitri mulia..ampun maaf dipinta..dari kami semua..La..la..la..la..(nyanyi ye).

Wah..meriah sungguh raye kami tahun ni. Berkumpul ramai-ramai ngan adik beradik dan family masing-masing. Tahun ni abang yang sulong je beraya kat rumah mertua. So, majoritinya raya kat kat rumah ayahanda tercinta. 12 beradik..memang meriah..dengan anak buah makcik, pakcik, kazen, berkumpul di pagi raye. Heppi..senyum sampai telinga. Memang gembira sesangat bila beramai-ramai-an macam ni. Bukan selalu pon leh kumpul ramai2 mcm ni..2,3 tahun sekali. Maksud aku kumpul semua la..xkira la time balik kg yang ade 2,3 kerat tu). Macam-macam gelagat ade. Ada yang menagis, nak tengok tv, nak main game, ada yang tak nak bergambar, ade yang nak amik gambar, macam-macam pesen. Suka melihat gelagat itu di pagi raya. Berkumpul adik-beradik, walaupon tanpa ibu tercinta dan tak cukup 13 orang adik beradik, tapi kemeriahannya tetap terasa.

Aku beli kamera LUMIX masa nak sambut kelahiran Umar dan nak gi family day lebih kurang 2 tahun lalu. Masa beli tu, baru lepas raya. So, tak ade la gambar rayanya. Raya tahun lepas kami tak balik kampung sebab En Abg tak dapat cuti. Isshhh..tersasul masul plak..balik cerita raya kami...

Tahun ni 2011, Alhamdulillah dapat berpagi raya bersama keluargaku. Dengan gembiranya aku snap gelagat ahli keluargaku..adik beradik, ayah, atuk, makcik, kazen2..anak sedare dan ipar duai. Dan mereka juga suka snap gambar aku..hihihi..:-) Yang suka sangat tu bukannya ape..eksyeli..kami tak pernah ade gambar keluarga. Ni la kali pertama kami dapat amik gambar keluarga beramai-ramai. Tu yang suka sangat tu..tambah2 plak, di hari raye yang mulia.


Haaa..meh nak kenalkan ahli keluarga aku..ini gambar Ayah aku (baju merah), Ayah Lah (pakcik) dan Che (atuk). Gambar mak kami tak ade sebab mak kami da meninggal pada 30/12/2006 :-(


Ini kakak aku yang ke-2. Abang yang sulong beraya kat rumah isteri dia. So, tak ada lah gambar dia.


 Kak Na dan keluarga. Anak sulung dia tak ada sebab beraya dengan atuk belah Abahnya. 

Ni abang aku yang ke-4. Abang yang ke-3 tak nak bergambar sebab isteri dia balik rumah ayahnya kat kg sebelah...hihihi dekat je..


Ini kakak aku yang ke-6. Abang yang ke-5 tu tak kwen lagi. Jadi tak adelah gambar keluarga dia. InsyaAllah   
 tahun depan dia kwen.:-)

Kak Siti & keluarga bersama Ayahanda. Yang ni pon sorang anak dia tak ade sebab beraya dengan mak angkat (kakak kepada abg ipar).

Yang ini anak yang ke-7 bersama suami dan 2 orang puteranya.:-)


Yang baju hijau ni adik aku. Anak yang ke-10. Adik aku yang no 8 & 9  tak ade masa ni. Dia pergi beraya kat rumah kawan dia. 


Ini 3 yang bongsu dan masih bersekolah lagi. Tudung putih tu anak ke 11, tudung purple tu anak ke 12 dan yg laki baju kuning meghelip tu adik yang bongsu.


 Ini la keluarga kami ;-) ohhh..abang yang no 3 dan 5 ada kat sini. yang no 3 baju putih tu, dan yang no 5 berbaju melayu kaler hijau.

Ini pulak gambar adik arwah mak aku yang bungsu. Juga teman bertengkar aku masa kecik2 sebab aku ni duk dgn atuk. so dengan dia la aku selalu gaduh. Suami dia tak ada sebab kne bertugas di Mekah selama 4 bulan Sampai Raya Haji. So, dia beraya ngan kami kat umah atok dengan anak2 dia.

Sekian saje gambar keluarga a.k.a gambar raya kami untuk tahun 2011..:-)

3 comments:

oya iman said...

tue dia!! ramainyeeeee...mesti meriahkan..kiter adik bradik 4 org jer..tp kalo belah suami 7 org..kira beraya kat belah suami ler yg meriah..hehehe..^_^

~::PermatA::~ said...

Memang meriah..raya kat rumah En Abg pon meriah jugak sebab adik beradik dia ramai jugak. 12 orang. Tambah2 pulak ramai adik beradik dia yang dah kwen. Anak sedara pon ramai. Semua da besar2..meriah sangat ada keluarga besar ni. Belah saya ni walaupon adik beradik ramai, tapi yang tak kwen lagi ramai dari yang da kwen. masing2 ada yang xde anak lg.nnti, 5 tahun akan datang mesti lagi meriah dari sekarang. Penuh la keta depan rumah dan pastinya tidur lintang pukang kat ruang tamu sebab da ramai sangat..:-)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...