Bermacam-macam perkara berlegar dalam kepala Ummi ni. Anak Ummi yang ke-2 ni rasa macam surprise sangat-sangat. Berkali-kali scan pon x nampak jantina dia. Pemalu sungguh anak Ummi ni. Tak ape..sayang nak bagi kejutan tuk Ummi dan Ayah ye?Hihihii...tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran anak Ummi ni.
Perasaan Ummi kata baby ni perempuan sebab pengalaman mengandung kali ni berbeza dengan masa mengandungkan Abang Umar dulu. Tapi tak confirm sangat sebab lain anak, lain pengalaman mengandungnya. Ape yang Ummi harapkan agar anak Ummi dilahirkan sihat walafiat, cukup sifat dan sempurna seperti Abang Umar, Ummi dan Ayah. Tak kisah lah lelaki ke perempuan..Ummi tetap sayang anak-anak Ummi.
Ummi tak ade buat persiapan ape-ape pon untuk baby Ummi ni. Harap sayang Ummi ni tak berkecil hati. Sebab banyak barang-barang Abang Umar yang masih boleh digunakan, barang pemberian Mak Long Oleen & Pak Long Sabri, Cik Nur dan lain-lain. Mungkin bila sayang Ummi ni lahir, banyak lagi hadiah yang sayang dapat dari kawan-kawan Ayah, Ummi dan saudara-mara kita. Ummi bukan tak nak beli..tapi semua barang-barang tu masih elok. Lagipun Ummi tak nak menyusahkan Ayah kamu. Kesian dia bertungkus lumus bekerja keras untuk kita sekeluarga. Ummi kena berjimat cermat dan beli keperluan yang diperlukan sahaja.
Bila dah sampai masa sayang nak keluar nanti, sayang keluar elok-elok ye. Ikut jalan yang betul. Ummi harap Allah permudahkan Ummi untuk melahirkan anak Ummi ni. Semoga sayang Ummi keluar dengan selamat, sihat walafiat dan sempurna. Aminn..
(Nuuuunnn.Walqolami wama yashturuuun. Maa anta binikmati robbika bimajnuuuunnn.)
Berkat ayat suci-Mu ini Ya Allah, aku harap Kau permudahkan aku untuk melahirkan zuriatku bersama suami tercinta ini. Aminnn...Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment