Tuesday, August 9, 2011

Tak Boleh Tidur Nyenyak Lagi..huhu..

Urmmm..seperti biasa, bila jam menunjukkan pukul 12am, aku akan masuk tidur. Tapi seperti biasa juga..masalah yang sama datang..susahnya nak lelapkan mata. Tak pasti kenapa sejak akhir-akhir ni aku susah sangat nak tidur malam. Entah ape yang mengganggu, aku sendiri pon tak faham..hmmmm..

Baru je rasanya terlelap, aku terdengar mcm bunyi pelik. Bunyi datang dari arah anak kesayangan. Macam orang sesak nafas. Jenguk Umar dekat-dekat. Memang sah..bunyi tu datang darinya..memang dia sesak nafas. Terus aku amik dia dari katilnya dan aku meribanya sambil memeluknya. Opppsss.....dia termuntah..kena la baju aku, baju dia, cadar, sarung bantal, selimut dan yang seangkatan dengannya.

Aku terus bawak ke bilik air dengan pantas. Masuk je bilik air, dia dah sedar dari tidur. Di ambiknya pulak tab mandi dia. Nak main air malam-malam buta. Bila aku melarang, dia menagis..so aku layankan aje. Selesai aku lap badan dia yang terkena muntah dan bukak baju dia, aku biarkan dia main air dalam tab mandi sampai dia puas. Sementara aku menunggu di bucu katil. Lepas tu, bila dia dah puas, dia datang pada aku. Aku lap badan dia, salin baju, cadar katil dia etc dan baringkan dia. Aku sapu minyak Mestika kat perut, kaki, belakang dan betis. Setelah berpuas hati..nampak dia macam ok sikit, aku matikan lampu dan baring tuk tidur balik.

Tapi, tak sampai 15 minit, dia muntah lagi..bukak lampu dan angkat lagi pergi bilik air sekali lagi..tukar baju lagi, main air lagi..huhu..jam da pukul 3am. Walaupun tengah-tengah sakit perut (sikit2) dan sakit belakang, aku gagahkan diri tuk uruskan semua tu. Takkan nak biarkan dia tidur dalam muntah dia tu kan? Mesti dia tak selesa. Tambahan pulak, bau muntah itu agak kurang menyenangkan. Setelah selesai uruskan katil si kecik, lap badan dia, tukar baju dia..aku baringkan dia sekali lagi.

En Abg pulak tidur dengan nyenyaknya. Dua kali aku bangun, langsung dia tak sedar. Penangan main fb sampai lewat malam. Kalau sakit2 sampai meraung2 baru dia sedar. Anak menangis sesak nafas pun boleh tak sedar..huhu..nasib badan. Kalau aku tak ade, macam mana la dia nak uruskan anak sorang2 agaknya?

Jam 3am++ baru boleh tidur..dan bila tidur lambat ni..sahur pon terbagun lambat jugak..sekali lagi jam 5.19am baru aku terkejut. Dalam keadaan kelam kabut aku siapkan juadah sahur. Alhamdulillah sekali lagi..sempat jugak sahur walaupun dalam kelam dan kabut. Alhamdulillah.

4 comments:

*Mawar Nafastari* said...

siannya umar...

tp kenapa 5.19? hihihi

Permata SoffHas said...

Tak tahu la nur. Malam sebelum tu pon terkejut 5.19 jugak. kebetulan agaknya.

Awal pagi lagi Umar berak cair. Kesian dia. cirit bitir agaknya..

cheqna said...

umar sakit ke??kesiannya
harap2 umar akan cepat sihat

Permata SoffHas said...

Entah la..tgk dia mcm ok..macam sihat je..main2..mkn, semua ok..tapi muntah2 n berak cair. tersalah makan mungkin. hari ni suap madu. lepas bagi madu tu, xde muntah n berak2 lagi.harap2 mlm ni dia ok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...