Tuesday, September 20, 2011

"Aku Dah Tak Nak Kamu...Cerai Saja."

Rancangan Wanita Hari Ini TV3 - Topik : "Aku Dah Tak Nak Kamu...Cerai Saja."

Memaparkan kisah dan masalah rumahtangga yang berlaku hari ni. Kes-kes penceraian yang berlaku akibat suami tak bertanggungjawab, tiada persefahaman, suami suka pukul, suami tak kerja dan macam-macam lagi.

Melalui pemerhatian aku juga banyak masalah rumahtangga (golongan sederhana) berpunca dari suami yang tidak bertanggungjawab, tidak bekerja, pemalas, suka lepak, abaikan isteri dan anak-anak, kaki judi, dadah dan macam-macam lagi. Golongan atasan pula lebih kepada perempuan simpanan, berfoya-foya, arak, dan sebagainya.

Masalah yang berpunca dari isteri juga ada, namun sangat kurang berbanding masalah yang di cetuskan oleh si suami. Masalah perempuan biasanya lebih kepada mencari lelaki yang kaya untuk memenuhi keinginannya untuk memewahkan hidupnya. Bagi golongan atasan pula, tujuan mereka adalah untuk mencari lelaki bagi memuaskan nafsu atau mendapatkan perhatian kerana suami sering sibuk bekerja.

Pelbagai masalah yang berlaku pada hari ini yang menyebabkan ketidakharmonian dalam rumahtangga. Akhirnya akan menghilangkan rasa sayang dan lebih teruk lagi mencetuskan penceraian dalam sesebuah rumahtangga. Contoh masalah rumahtangga yang berlaku:

1) Isteri berkerja berhempas pulas bagi menyara keluarga sedangkan suami sibuk dengan dadah dan tidak bekerja.
2) Isteri terpaksa menanggung perbelanjaannya sendiri kerana suami asyik berjudi dan mencari perempuan lain.
3) Suami tidak bekerja dan suka lepak bersama kwan-kawan memaksa isteri menyara diri sendiri dan anak-anak.
4) Suami yang malas bekerja dan sering lepak bersama kawan sedangkan si isteri dan anak-anak tak cukup makan dirumah sebab isteri tak bekerja.

Contoh yang terbentang depan mata ku ini memberikan aku rasa syukur yang tak terhingga pada Allah. Bersyukur kerana mengurniakan aku seorang suami yang bertanggungjawab, baik, tak pernah pukul aku, menyara kehidupan aku dan anak-anak, memberikan aku tempat tinggal yang selesa, memberi makan dan pakai secukupnya, menyanyangi aku dan anak-anak. Ya Allah..Alhamdulillah atas kurniaan yang tak terhingga ini. Terima kasih Ya Allah.

2 comments:

Nurul Hazrieyn said...

itu la... mcm2 kes dh jumpa... letak anak bini kat kg pastu cr girl lain.. lupa terus.. bila dh jatuh talak mula la meraban.. yg jarang balik dh jd selalu balik... dulu nk kol pun susah skrg hr2 nk kol... moga2 jauh semua tuh dr rumah tangga kita yerk.. biar la susah sama susah senang pun kongsi sama2

syukur zafran said...

saya salah seorang wanita dalam malaysia ni, yang dah naik gila setiap hari gadoh untuk suruh suami cari keje tetap..klu tak bini tak suruh, sapa lagi. habis duit simpanan kering kontang nak pakai untuk belanja rumah tangga. laki nak berehat lebih, keje main2 je..kdg2 je keje amik upah kat pasar malam..Tolong la doakan saya, semoga Allah ubah fikiran dia cari keje tetap untuk sara kami anak-branak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...