Hari ke-2 bersalin da kemas rumah..hihih..sebabnya sakit kepala tgk rumah bersepah2. Nak harapkan En Abg, dia pulak x pandai..huhu. Pasal makan..dia masak sendiri, tapi aku ade sebelah tolong ajarkan dia sampai seminggu dia masak..Lepas seminggu tu, badan da rasa ok sikit..aku mula aktif buat kerja rumah macam biasa. Tapi dengan pertolongan En Abg sikit2.
Setelah lama meng'google', hari ni aku jumpa lah maklumat yang aku rasa patut di kongsi. Harap dapat membantu la sape2 yang mahukan maklumat pasal berpantang ni.
Dari segi kesihatan - doktor menggalakkan agar hubungan sex tidak dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Ini kerana si ibu baru saja melalui proses bersalin yang menyakitkan dan memerlukan masa untuk badan kembali sihat dan kuat. Selain dari itu, ia juga untuk memberi masa kepada bahagian sulit untuk sembuh sepenuhnya apatah lagi bagi mereka yang mempunyai luka eposiotomi. Apa itu luka episiotomy…? Luka episiotomi ialah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin.
Dari sudut agama – darah nifas biasanya keluar dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Dalam tempoh ini tidak diwajibkan bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk berpuasa dan sembahyang serta ditegah dari mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan.Apa-apa pun, biasanya kalau Islam dah tetapkan sesuatu tu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Bahaya “air embolism“ – Sebab lain kenapa dari segi kesihatan kenapa hubungan kelamin bersama pasangan hanya boleh dilakukan selepas 6 minggu ialah tentang kemungkinan terjadinya air embolism (tak tau apa maknanya dalam bahasa) terutama apabila melibatkan oral sex. Air embolism ialah apabila sejumlah udara yang terperangkap dan masuk ke salur pembuluh darah, dan boleh menyebabkan kematian. Ini kerana pada 6 minggu pertama selepas bersalin bahagian rahim masih lagi belum sembuh sepenuhnya.
Kenapa penting amalan pantang ibu bersalin?
Kini penjagaan semasa pantang semakin dipandang ringan. Ada beranggapan tidak perlu, kerana badan boleh sembuh dengan sendirinya. Tambahan pula terdapat pandangan-pandangan dari pengamal perubatan moden mengatakan tidak perlu berpantang, makan apa sahaja dan badan akan baik dengan sendiri selepas tempoh tertentu. Berbeza dengan pandangan perubatan tradisional. Banyak pantang larangnya.
Ada yang pergi ‘shopping’ selepas 2 minggu bersalin, luka tempat sulit jadi bernanah. Ada juga telah pergi ‘shopping’ selepas sehari bersalin. Kesannya memang agak teruk, tumpah darah, muka menjadi biru kehitaman hingga terpaksa ditahan di hospital.
Namun penjagaan secara tradisional juga mempunyai pelbagai cara. Ada antaranya memang kurang sesuai dan tidak patut di amalkan. Seperti amalan minum mengikut sukatan 2 ruas jari sekali minum, amalan makan ikan kering, ikan bilis sahaja semasa berpantang. Jika mengamalkan pemakanan begini bagaimana badan akan sembuh. Amalan minum mengikut sukatan ruas jari boleh menyebabkan masalah pada buah pinggang akibat kekurangan air. Dan tentu sekali susu juga akan kurang.
Kesan ketika semakin berumur, jika tidak menjaga pantang adalah seperti lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Kebanyakannya akan menjadi dingin dan lemah tenaga batin. Jangan sangka hanya lelaki sahaja ‘mati pucuk’. Perempuan juga mengalaminya. Keinginan untuk bersama suami menjadi kurang. Rahim juga akan turun akibat proses peneranan yang kuat ketika bersalin. Jika tidak dijaga, boleh menjadi penyebab kepada kerap buang air kecil atau terkencing ketika batuk, ketawa atau bersin.
Mengikut amalan tradisional Melayu pantang 44 hari. Namun digalakkan berpantang sehingga 60 hari atau sehingga 100 hari untuk memastikan rahim pulih sepenuhnya dan melambatkan proses penuaan. Tiada bukti secara saintifik tetapi buktinya ini boleh dilihat melalui mereka yang telah mengamalkannya.
Kesimpulan yang tersirat dan tersurat yang boleh aku buat:
- Tempoh 44 berpantang hari tu asalnya dari hari tempoh normal nifas bagi wanita bersalin iaitu selama 44 hari. Tapi tempoh ini adalah tempoh untuk mengelakkan kita dari melakukan hubungan bersama pasangan.
- Mandi air panas-paling kurang 3 minggu. Sebab kalau mandi air sejuk nnti terketar3 kesejukan
- Kena mengurut, bertungku banyak2 kali pon xpe. Sedap sikit badan dan boleh hilangkan sakit2 serta lenguh2 badan.
- Elakkan makanan berbisa, sejuk dan gatal seperti ais, telur, buah yang sejuk2, sotong etc untuk elak tumpah darah, terketar2 kesejukan, luka bernanah, masuk angin etc. Lain2 makanan boleh makan.
- Gunakan Skilax untuk elakkan sembelit.
2 comments:
nenek n mak saya pesan waktu dlm pantang dulu.. kena rajin tungku kalau x badan masuk angin.. jangan banyak duduk n jgn bersama suami kalau boleh tuk 100hr... mula2 mls nk ikut tp bila d ingatkan kesannya pada msa akan dtg terpaksa gak ikut.. waktu muda mmg x terasa t dh tua badan cepat sakit2.. pinggang mudah sakit n mcm2 lg...
salam..yup berpantang mmg amat2 di galakkan...sy sendiri mmg jg sgt2 kalo bab berpantang nie..ank 1st sy just buat sampai 44 hari jer..abk ke2 lak sy buat sampai 100 hr..tp still xmkn benda2 berangin,ais & mcm2 lg la sampai la sy peknen yg ke3 pulak nie..skang time peknen main bantai je makan ape yg ada..sbb pas bersalin t sy pantang kaw2 blk..hehe..kalo nak tau bdn sy lepas bersalin mmg xgemok sgt,perut pon xbuncit tau..sampai org2 kat sekeliling slalu ingat kalo sy kuar ber2 ngan hubby kami nie mcm blom kawen atau pon br kawen..hehe..sbb kami suami isteri dua2 jenis yg jg badan..harap permata pon bertahan la yer...pantang leklok..demi bdn sendiri jugak..^_^
Post a Comment