Ni la pertanyaan dari orang2 yang tak memahami..(hihihi). Ye lah..kalau diorang faham keadaan aku ni mesti pertanyaan ni bukanlah menjadi satu isu. Kata mereka, belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja. Anak lepas sorang, sorang yang keluar. Huhu..apakah ini????
Bukan aku tak nak kerja sebenarnya. Dah banyak kerja yang aku mohon tapi yang berjaya temuduga plak kebanyakannya tak sesuai. Jauh la, gaji tak memadai la, macam2. Banyak sebab yang membuatkan aku masih belum kerja. Antaranya :
- Mungkin belum ade rezeki lagi.
- Pendapatan En Abg masih lagi dapat menampung keperluan aku setakat ni. Alhamdulillah, aku tak pernah kebulur. Makan, pakai, tempat tinggal semua terjaga.
- Kalau kerja swasta pon, gaji mestilah munasabah dan tidak merugikan aku (mengambil kira kos pengangkutan, tol, upah babysitter, kos makan bertambah, kos susu dan lampin pakaibuang bertambah bila orang lain jaga anak etc)
- Kalau gaji tak berpatutan, aku akan dapat penat je..dan kadang2 boleh merugikan sebab perbelanjaan bertambah dan tak dapat ditampung dengan gaji yang aku dapat tu.
- Bila kerja ni, rumah pun x terjaga sangat, terumbang ambing jadinya...
- Masak2 ni mesti kadang2 je..penat, xsempat etc.
- Masa dengan suami dan anak2 jadi semakin kurang.
- Suami pun tak galakkan sangat aku kerja. Bukan tak bagi tapi, dia lebih suka aku jadi suri rumah. Kalau aku dapat kerja yang ok dan sesuai, dia bagi je...
- Kalau boleh nak kerja gomen..hihihi..
- Dan lain2 lagi.
Cuma ada dua sebab je menyebabkan aku nak kerja. Sebabnya aku nak tolong keluarga aku. Nak bagi duit kat adik2, ayah, atuk dan orang2 yang pernah tolong aku. En Abg pun ada bagi duit jugak kat family aku, tapi kadang2 aku jadi segan walaupun dia suami aku..huhu. Kalau boleh nak kerja sendiri dan nak bagi duit kat keluarga dengan hasil titik peluh sendiri.
Lagi satu sebab ialah nak bayar hutang. Hutang dengan PTPTN. Hutang MARA En Abg da jelaskan sepenuhnya. Hutang aku pun En Abg bayar sikit2. Tapi kesian dia, semuanya atas kepala dia. Semua aku bebankan dia. Kalau boleh, nak bayar sendiri.
Hmmm..kata org kalau dah tak nak tu seribu alasan dicipta. Mungkin jugak. Ada jugak yang cadangkan aku supaya berniaga. Berniaga??? Ok jugak sebenarnya. Tapi aku tak tahu caranya. Nak berniaga ape? Macam mana nak mula?..dan macam-macam lagi persoalan yang timbul.
Hari tu aku berhenti sekejap dari memohon pekerjaan sebab tengah sarat mengandung. Bimbang kalau diadakan temuduga aku tak larat nak pergi. Dan lepas raya ni InsyaAllah aku akan aktif balik mencari pekerjaan. Usaha, doa, tawakal..InsyaAllah Tuhan permudahkan.
Hari tu aku berhenti sekejap dari memohon pekerjaan sebab tengah sarat mengandung. Bimbang kalau diadakan temuduga aku tak larat nak pergi. Dan lepas raya ni InsyaAllah aku akan aktif balik mencari pekerjaan. Usaha, doa, tawakal..InsyaAllah Tuhan permudahkan.
3 comments:
Xpe ct, kak na pun lepas dapat 2 org anak baru stat kerja..tapi kalo ada keje sambilan, buat dlu..contohnya gstt or guru ganti ker..yg penting amik pengalaman..kerja cikgu sesuai untuk perempuan mcm kita ni..pressure pun berbaloi la dengan gaji cikgu yg tinggi tu..kalo minat, teruskan dengan kpli..
kalo lebih minat berniaga, kak na cdgkan berjinak2 jd dropshipper dlu..apa saja produk boleh jual, janji halal..
sebenarnya bagi k.ana kalao kita dah ada suami yg keje gomen, rasanya kita lebih baik jangan terikat ngan gomen gak..sbb incase ada masalah kesihatan anak2 susah sket la nk cuti pnjang..kita sebagai familywoman selalu kene perlekeh bila nk mintak keje..apatah lg kalo firstimer..tapi rezeki Allah tu ada di mana-mana..jgn risau2 la cik ct..i've been in ur shoes..tapi alhamdulillah, lepas dpt anak ke-4 baru dpt permanent position..walaupun swasta, tapi saya happy sbb ada kerja, pendapatan sendiri,dapat dok ngan family n dapat byr ptptn n kete sendiri..Alhamdulillah..after 5 years graduated..takpe..buat masa ni keje dlu ngan En Abu Umar Lutfi..may he grant u with special attention for being his fulltime HW..right now, Muaz n Umar need u more..:)..
Alhamdulillah..saya da dapat kerja.tq..suka sangat komen awak:)
Belum dapat kerja lagi :( sedihnye...
Post a Comment